Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1651
Title: Menelusuri Kesantunan Berbahasa Merentas Budaya Buya Hamka Menggunakan Model Pertuturan Hymes Dell
Authors: Nordiana Ab Jabar 
NUR IZZLIYANA ADZWA MOHD FARID SUHAIMI 
Keywords: Buya Hamka, Dell Hymes, Kesantunan Berbahasa, Merentas Budaya, Model Bercakap
Issue Date: 2020
Publisher: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Abstract: 
Penulisan ini memperlihatkan kesantunan berbahasa Buya Hamka merentas budaya yang terangkum dalam novel-novel terpilih. Novel-novel terpilih Buya Hamka merupakan sebuah karya yang mana memperlihatkan para pembacanya mengenai kritikan dan kekayaan adat Minangkabau, mahupun nilai-nilai fundamental manusia. Bahasa merupakan sebuah konteks sebagai alat komunikasi sistem perlambangan bunyi yang dihasilkan melalui pengucapan manusia. Buya Hamka menjaga tutur kata, pemahaman budaya dan tradisi yang mendukungi pemikiran aspek bahasa menjadikan naskah- naskahnya mempunyai nilai dan budi kesopanan yang tinggi. Konteks penjagaan bahasa yang diterbitkannya mencakupi kajian dalam menelusuri konsep kesantunan berbahasa Buya Hamka merentas budaya. Pendekatan model bertutur Hymes, Dell digunakan untuk memahami perbualan komunikasi yang unik dalam sesebuah kelompok masyarakat, juga turut memahami hubungan antara budaya dan bahasa serta menganalisis status kedudukan, kuasa dan ketidaksamaan. Namun, bagi mengisi kehendak-kehendak model bercakap tersebut, novel-novel terpilih terlebih dahulu dikaji, diselidiki dan difahami untuk dijadikan sebagai pengerak utama kepada perkembangan kajian, di mana menjadi asas penting kepada pembentukan bahasa masyarakat yang merentas budaya.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1651
ISSN: 2289-4527
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
TENIAT-Vol.8-Issue-No.1-41-55.pdf252.69 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.