Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1551
Title: Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Sumber Perubatan Tradisional Dalam Pantun Melayu
Authors: Nordiana Ab Jabar 
Keywords: pantun melayu, tumbuh-tumbuhan, perubatan tradisional, estetika dan alam sekitar
Issue Date: 2020
Publisher: JABATAN WARISAN NEGARA
Journal: Jurnal Warisan Tidak Ketara 
Abstract: 
Perkembangan teknologi yang terlalu canggih telah mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang menjejaskan ekosistem budaya hidup bermasyarakat. Namun jika budaya hidup kita saling memelihara kelangsungan hidup tumbuh-tumbuhan manfaatnya akan dapat dirasai bersama. Kajian ini bertujuan mengenal pasti fungsi tumbuh-tumbuhan dalam kandungan pantun tradisi masyarakat Melayu. Hal ini termasuklah dalam pantun yang memiliki kepelbagaian tema. Fungsi tumbuh-tumbuhan yang terkandung dalam penzahiran puisi masyarakat Melayu ini dinilai melalui aspek leksikal yang diguna pakai dalam penghasilan pantun. Kajian ini mengemukakan fungsi utama tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan masyarakat manusia iaitu sebagai bahan dalam perubatan. Kajian bersifat kualitatif ini akan menjadikan teori Estetika oleh Braginsky sebagai landasan dalam menganalisis hubungan timbal balik tumbuh-tumbuhan dan manusia. Kecintaan kepada tumbuh tumbuhan adalah satu perlakuan yang abstrak. Memupuk dan menanamkan sikap ini kepada masyarakat bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan. Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara dan melindungi alam sekitar. Walau sekecil manapun sumbangan kita, secara kolektif kajian ini akan memberi kesan yang besar dalam mengukuhkan lagi pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan melalui pantun Melayu
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1551
ISSN: 2735-2986
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
JURNAL WARISAN TIDAK KETARA.pdf17.05 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.