Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1521
Title: Hatimu Aisyah Karya Zurinah Hassan Menerusi Perspektif Elaine Showalter Model Bahasa
Authors: NUR ZALIKHA MAT RADZI 
Nasirin Abdillah 
Daeng Haliza Daeng Jamal 
Keywords: Feminisme, Hatimu Aisyah, Model Bahasa Ginokritik, Sastera Melayu, Zurinah Hassan
Issue Date: 2020
Publisher: Penerbit UMK
Journal: International Journal of Creative Futures and Heritage 
Abstract: 
Hatimu Aisyah karya Sasterawan Negara ke-13 iaitu - Zurinah Hassan, yang juga penerima Anugerah Hadiah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada tahun 2004. Rentetan kejayaan beliau, telah menjadi tumpuan para pengkaji untuk meneliti aspek mengenai pengarangan wanita. Hatimu Aisyah merupakan novel pertama dihasilkan oleh Zurinah Hassan yang menekankan mengenai amalan adat resam zaman terdahulu sehingga ditelan arus pemodenan zaman. Novel Hatimu Aisyah mengetengahkan gambaran wanita yang mengutamakan adat dalam konteks perjalanan hidup bermasyarakat. Kajian terhadap karya Zurinah Hassan ini, bersandarkan kepada Model Bahasa Gagasan Elaine Showalter dari perspektif ginokritik untuk melihat watak-watak wanita. Antara Perbincangan dalam kajian ini adalah berfokuskan kepada simbolik bahasa dan bahasa sebagai ekspresi kesedaran wanita. Hasil dapatan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa Zurinah Hassan menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan gagasan bahasa daripada Elaine Showalter tetapi agak kurang menyerlah. Hal ini disebabkan keterbatasan penggunaan bahasa selaras dengan sosiobudaya masyarakat Melayu. Penemuan kajian ini dalam model bahasa wanita dapat dilihat menerusi simbolik bahasa dan bahasa sebagai ekspresi kesedaran wanita. Hasil manfaat dan kepentingan diperolehi masa hadapan dapat dilihat bahawa golongan wanita menzahirkan protes dan kritikan menerusi corak penulisan karya mereka meskipun masih dalam keadaan terkawal.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1521
ISSN: 2289-4527
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
IJCFH-Content-Vol.8-Issue-No.2-54-62.pdf290.8 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.