Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1489
Title: Pertentangan Nilai Akhlak Islam Dalam Novel Tivi Menurut Al-Ghazali (The Conflict On Islamic Moral Values In Tivi Novel According To Al-Ghazali)
Authors: Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali 
Eizah Mat Hussien 
Mohd Taufik Arridzo bin Mohd Balwi 
Keywords: TIVI, Keruntuhan Akhlak, Sumbang Mahram, Pergaulan Bebas Dan Akhlak Menurut Al-Quran.
Issue Date: 2020
Publisher: Universiti Malaya
Journal: JMS 
Abstract: 
Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara Malaysia yang ke-2 banyak menghasilkan karya yang menimbulkan pelbagai isu berkaitan krisis negara baik dari sudut ekonomi, politik dan, sosial dalam kalangan masyarakat dan pemerintah. Novel TIVI yang dihasilkan pada tahun 1995 telah mengetengahkan isu-isu keruntuhan akhlak dalam sebuah keluarga yang menetap di kampung. Isu keruntuhan akhlak tersebut digarap melalui pelbagai watak dan perwatakan yang menyalahi ajaran agama Islam dan nilai norma masyarakat Melayu. Krisis akhlak merangkumi tingkah laku dan tindakan yang tidak bermoral, iaitu sumbang mahram, pergaulan bebas dan, keruntuhan institusi kekeluargaan. Kajian dilaksanakan bagi memahami faktor krisis akhlak yang dilakukan itu amat bertentangan dengan ajaran Islam menggunakan pendekatan Bidayatul-Hidayah (2017) oleh Imam Al- Ghazali dari sudut perspektif al-Quran dan al-hadis. Kajian ini menggariskan tiga objektif utama iaitu, mengenalpasti isu keruntuhan akhlak menerusi novel TIVI, menganalisis serta menilai kesan keruntuhan akhlak dalam novel tersebut menggunakan pendekatan Bidayatul-Hidayah. Penetapan objektif ini terhasil daripada penelitian terhadap kesan penyalahgunaan teknologi yang telah mengakibatkan berlakunya pertentangan nilai akhlak Islam dalam masyarakat Islam. Metodologi yang digunakan adalah kualitatif yang melibatkan pembacaan yang rapi dan tafsiran bahan-bahan bertulis sebagai data sokongan. Dapatan kajian mendapati bahawa isu keruntuhan akhlak yang ditunjukkan dalam novel TIVI benar-benar salah disisi agama Islam dan harus dijauhi agar manusia dapat menikmati kehidupan yang aman harmoni baik kehidupan berkeluarga mahupun bermasyarakat.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1489
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
27636-1609-62655-1-10-20201216.pdf371.45 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.