Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1485
Title: Kualiti Persekitaran Dalaman bagi Dewan Kuliah Mengikut Persepsi Pelajar
Authors: Farrah Atikah Saari 
Izati Nabila Marzuki 
Sahrudin Mohamed Som 
Ayub Awang 
Mohd Firdaus Bin Che Yaacob 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Ab Jabar, Nordiana 
S. Sukri 
Sudirman Kiffli 
Keywords: persekitaran, dewan kuliah, persepsi, keselesaan, bau, pencahayaan, bunyi, pengudaraan
Issue Date: 2020
Publisher: International Conference on Islamic Education
Conference: Webinar ICIEd 2020: International Conference on Islamic Education 
Abstract: 
Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi pelajar terhadap kualiti persekitaran dalaman dewan kuliah A di bangunan G3 dari perspektif kualiti keselesaan, bau, pencahayaan, bunyi dan pengudaraan serta mengenalpasti aspek yang perlu diberi perhatian. Kajian juga dibuat bagi mencari perbezaan terhadap pelajar mengikut jantina berdasarkan kualiti persekitaran dalaman bagi dewan tersebut. Seramai 217 orang pelajar dari lapan buah fakulti yang terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Konstruk dalam soal selidik juga dibina berdasarkan model Indoor Environmental Quality (IEQ). Data dianalisis dengan menggunakan program Winsteps versi 3.80 dan SPSS versi 21. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi dan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kualiti persekitaran dalaman dewan kuliah A di bangunan G3 dari perspektif kualiti keselesaan, bau, pencahayaan dan bunyi berada pada tahap yang tinggi. Manakala aspek yang perlu diberi perhatian yang paling utama adalah aspek dari segi kualiti keselesaan. Diikuti pula dengan aspek kualiti bau, kualiti udara, seterusnya adalah kualiti bunyi dan akhir sekali adalah kualiti cahaya. Bagi penentuan hipotesis pula menunjukkan terdapat perbezaan yang singnifikan antara pelajar mengikut jantina berdasarkan kualiti persekitaran dalaman bagi dewan kuliah A di bangunan G3.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1485
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.