Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/1483
Title: | Lukisan Mural Sebagai Daya Tarikan Pelancongan Warisan: Kesan Terhadap Komuniti Setempat Di Kota Bharu, Kelantan | Authors: | Farrah Atikah Saari Daeng Haliza Daeng Jamal Nor Asmalini Mohd Nawi Abdillah, Nasirin |
Keywords: | Lukisan mural, Kota Bharu, komuniti setempat, ekonomi setempat dan pelancongan warisan | Issue Date: | 2020 | Publisher: | Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia | Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia | Abstract: | Kajian ini dilakukan bagi membincangkan kesan lukisan mural kepada komuniti setempat sebagai salah satu daya tarikan di bandar Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan meneroka potensi lukisan mural dalam pelancongan warisan dan implikasinya terhadap komuniti setempat. Lukisan-lukisan mural ini terdapat di lorong-lorong bersebelahan dengan pejabat Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik yang telah diedarkan secara rawak kepada penduduk sekitar Kota Bharu. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan pendekatan statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan. Kajian ini membuktikan komuniti setempat menunjukkan reaksi positif terhadap lukisan mural di lokasi kajian. Responden kajian turut berpendapat lukisan mural telah membantu pembentukan moral dan sahsiah diri yang positif khususunya dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, hasil analisis mendapati lukisan mural yang terdapat di sekitar Kota Bharu juga dilihat juga berpotensi menyumbang dalam pelancongan di Kota Bharu yang merupakan pintu masuk kepada jelajah warisan budaya di Kelantan. |
Description: | Mycite |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/1483 | ISSN: | 0128-0732 |
Appears in Collections: | Journal Indexed MyCite - FTKW |
Files in This Item:
Google ScholarTM
Check
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.