Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1483
Title: Lukisan Mural Sebagai Daya Tarikan Pelancongan Warisan: Kesan Terhadap Komuniti Setempat Di Kota Bharu, Kelantan
Authors: Farrah Atikah Saari 
Daeng Haliza Daeng Jamal 
Nor Asmalini Mohd Nawi 
Abdillah, Nasirin 
Keywords: Lukisan mural, Kota Bharu, komuniti setempat, ekonomi setempat dan pelancongan warisan
Issue Date: 2020
Publisher: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Journal: Jurnal Arkeologi Malaysia 
Abstract: 
Kajian ini dilakukan bagi membincangkan kesan lukisan mural kepada komuniti setempat sebagai salah satu daya tarikan di bandar Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan meneroka potensi lukisan mural dalam pelancongan warisan dan implikasinya terhadap komuniti setempat. Lukisan-lukisan mural ini terdapat di lorong-lorong bersebelahan dengan pejabat Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik yang telah diedarkan secara rawak kepada penduduk sekitar Kota Bharu. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan pendekatan statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan. Kajian ini membuktikan komuniti setempat menunjukkan reaksi positif terhadap lukisan mural di lokasi kajian. Responden kajian turut berpendapat lukisan mural telah membantu pembentukan moral dan sahsiah diri yang positif khususunya dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, hasil analisis mendapati lukisan mural yang terdapat di sekitar Kota Bharu juga dilihat juga berpotensi menyumbang dalam pelancongan di Kota Bharu yang merupakan pintu masuk kepada jelajah warisan budaya di Kelantan.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1483
ISSN: 0128-0732
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.