Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1459
Title: Pertukaran Sistem Kepada Patuh Syariah Sebagai Alternatif Kepada Sistem Perbankan dan Institusi Kewangan Konvensional: Pengalaman Di Malaysia
Authors: Nurul Iman Mohd Zain 
Abdullah, Luqman 
Keywords: Perbankan Islam;Penukaran Perbankan;Perbankan Konvensional;Halatuju Perbankan;Perbankan Islam Jendela.
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Journal: Jurnal Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia 
Abstract: 
Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ antara unit lebihan surplus unit dengan unit kurangan deficit unit. Namun setiap urusniaga dan operasi yang dijalankan adalah berbeza. Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi tonggak kepada perjalanan bagi kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena pertukaran sistem bagi sesetengah perbankan konvensional untuk menjadi sebuah perbankan yang patuh syarak adalah fenomena positif, di mana fenomena ini dapat menggalakkan perkembangan dan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia yang sememangnya adalah sebuah negara Islam, bukan sahaja di peringkat serantau malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar pertukaran sistem bagi institusi perbankan dan kewangan konvensional kepada institusi perbankan dan kewangan Islam yang berlaku di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, kajian dilaksanakan melalui dua metode utama, iaitu metode persejarahan dan metode pengumpulan serta penganalisaan data. Hasil kajian mendapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah sistem kewangan Islam.
Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi, namun usaha untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem berteraskan riba dan faedah adalah usaha yang positif sekali gus berpotensi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1459
ISSN: 1985-6830
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
JURNAL HADHARI.pdf487.52 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.