Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1386
Title: Falsafah Pendidikan Negara Dan Impaknya Pada Pembangunan Modal Insan
Authors: Nawi @ Mohd Nawi Bin Ismail 
Issue Date: 2020
Publisher: Dian Darul Naim Sdn. Bhd.
Abstract: 
Islam merupakan satu sistem kehidupan yang mencakupi tiga pola hubungan yang asas iaitu hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk lain. Untuk merealisasikan ketiga-tiga pola perhubungan asas tersebut, tiga paksi asas telah dibentuk dalam Islam sebagai teras iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Bagi merealisasikan ketiga-tiga pola asas tersebut dalam usaha membangun modal insan, pendidikan merupakan asas penting dalam mendidik dan membangun pemikiran generasi manusia yang harmonis, berakhlak dan beradab. Pendidikan adalah suatu proses pemindahan atau pemerolehan ilmu, nilai, budaya dan kemahiran dari satu generasi ke genasi berikutnya dalam kehidupan masyarakat. Pendidikan juga merupakan proses pemerkasaan potensi insan seoptimum yang mungkin dalam konteks individu dan masyarakat. Pemindahan atau pemerolehan ini dilaksanakan melalui kaedah pengajaran, latihan, pembelajaran, praktik, bimbingan dalam menyiapkan tugasan pengajaran dan pembelajaran secara individu dan berkumpulan secara disiplin dan lain-lain. Pendidikan melibatkan insan sebagai penerima atau pembina ilmu, nilai dan kemahiran. Manakala guru mewakili kaedah bagi menyampai ilmu kepada insan tersebut, dan sebagai model atau teladan khususnya bagi pemupukan nilai-nilai murni. Dalam konteks yang lain bahawa pendidikan berkait rapat dengan falsafah yang mengandungi empat teras iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Pendidikan dalam Islam pula tidak terpisah daripada agama, falsafah dan sains (wahyu, akal dan pancaindera).
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1386
ISBN: 978-983-2137-23-8
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Buku Wacana Isu-Isu Kontemporari Falsafah Dan Peradaban 2020 -Yang disemak_organized.pdf262.96 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.