Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1292
Title: Penukaran Sistem Kewangan Konvensional Kepada Islam dan Sumbangannya Kepada Sistem Kewangan Islam di Malaysia
Authors: Nurul Iman Mohd Zain 
Abdullah, Luqman 
Abd Sukor, Mohd Edil 
Ahmad, Mohd Kamil 
Keywords: Perbankan Islam; Perbankan Konvensional; Penukaran; Sistem Kewangan Konvensional dan Sistem Kewangan Islam.
Issue Date: 31-Oct-2018
Publisher: Universiti Malaysia Kelantan
Conference: International Conference on Ummah 2018: Civilisation, Language and Sustainability 
Abstract: 
Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem
kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama,
iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ di antara unit lebihan (surplus unit) and unit
kurangan (deficit unit), namun setiap urusniaga dan operasi yang dijalankan adalah berbeza.
Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi tonggak kepada perjalanan bagi
kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena penukaran sistem bagi sesetengah
perbankan konvensional untuk menjadi sebuah perbankan yang patuh syarak adalah
fenomena positif, di mana fenomena ini dapat menggalakkan perkembangan dan
pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia, yang sememangnya adalah sebuah negara
Islam, bukan sahaja di peringkat serantau, malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan
menjelaskan sumbangan penukaran sistem ini ke atas pembangunan sistem kewangan Islam
di Malaysia. Kaedah kualitatif digunakan bagi menganalisis dokumen, laporan-laporan
tahunan, sejarah, dan kajian-kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati bahawa, Malaysia
merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah sistem
kewangan Islam. Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi, namun usaha
untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem berteraskan riba
dan faedah adalah usaha yang positif, sekali gus berpotensi memperkasakan kedudukan
Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa, di samping menawarkan pelbagai nilai
tambah.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1292
ISBN: 978-967-2229
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
ICU2018CLSproceedings.pdf14.78 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.