Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1227
Title: Pelestarian Warisan Seni Bina Melayu: Tinjauan ke Atas Guna Semula Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak
Authors: Daeng Haliza Daeng Jamal 
Norazlinda Mohamed Rosdi 
Zuliskandar Ramli 
Keywords: Suaiguna semula bangunan;Pelestarian-Istana Kenangan;Pertukangan Melayu dan warisan seni bina Melayu
Issue Date: 2020
Publisher: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Journal: Jurnal Arkeologi Malaysia 
Abstract: 
Kajian ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan ke atas usaha melestarikan seni pertukangan warisan Melayu pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Antara kaedah efektif dalam melindungi warisan pertukangan Melayu adalah menerusi pendekatan menggunakan semula bangunan bersejarah. Selain itu, dengan menggunakan semula bangunan bersejarah, secara tidak langsung dapat memanjangkan jangka hayat bangunan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kualitatif melalui kajian kepustakaan dan temu bual ke atas 4 orang pakar bidang. Temu bual dianalisis dengan mengalihkannya ke dalam bentuk transkrip dan dipecahkan kepada beberapa tema. Hasil kajian mendapati pendekatan menggunakan semula Istana Kenangan sebagai muzium telah berjaya memelihara teknologi pertukangan warisan Melayu daripada diancam kepupusan. Perubahan fungsinya juga berjaya membuktikan kehebatan teknologi orang Melayu dalam pertukangan dan seni bina. Kajian ini juga menemukan, pendekatan menggunakan semula istana ini juga dapat melindungi teknik dan kaedah pembinaan serta bahan binaan yang digunakan. Di samping itu, perubahan fungsi istana ini dalam masa yang sama juga dapat memanjangkan jangka hayat istana mengikut keperluan kontemporari. Pihak-pihak bertanggungjawab pula di dapati serius dalam memastikan kerja-kerja memulihara dan memelihara istana ini mengikut prosedur yang ditetapkan agar keaslian seni pertukangan tidak diganggu.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1227
ISSN: 0128-0732
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
225-406-1-PB.pdf697.16 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.