Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1169
Title: PENUTUR BAHASA INGGERIS MELAYU DALAM MASYARAKAT MELAYU: CABARAN DAN DILEMA
Authors: Ariezal Afzan Hassan 
Najihah Mahmud 
Amaal Fadhlini Mohamed 
Siti Amirah Ahmad Tarmizi 
Keywords: Dwibahasa, Konflik, Identiti, Penutur Bahasa Inggeris
Issue Date: 24-Sep-2020
Publisher: Faculty of Language Studies and Human Development
Abstract: 
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki kepelbagaian budaya yang terdiri daripada pelbagai etnik yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Fenomena ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang bersifat multilingual di Asia Tenggara mahupun di dunia. Lakaran sejarah penjajahan British ke Tanah Melayu telah mencorakkan dasar bahasa nasional dan memberi kesanbahasa-bahasa lain yang digunakan dalam negara. Meskipun Malaysia mempunyai rakyat yang bertutur pelbagai bahasa, namun Bahasa Malaysia atau Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan dua bahasa utama yang sering digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan. Kedua-dua bahasa tersebut banyak menimbulkan konflik di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kajian ini adalah bertumpu kepada penerimaan dan penolakan masyarakat Melayu terhadap orang Melayu yang fasih bertutur bahasa Inggeris. Kajian kes ini menggunakan penuntut institusi pengajian tinggi tempatan sebagai responden. Mereka diperlukan untuk mencatat pengalaman harian mereka dalam bentuk jurnal. Isi kandungan naratif mereka diambil kira sebagai data utama disamping disokong oleh dapatan daripada perbincangan kumpulan berfokus. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa orang Melayu yang bertutur bahasa Inggeris dalam komuniti Melayu mendapat tentangan dan reaksi yang negatif. Penutur bahasa Inggeris juga didapati cuba mengubah identiti atau pembawakan diri mereka apabila berhadapan dengan komuniti tertentu yang tidak boleh menerima penggunaan bahasa Inggeris. Kajian ini juga mendapati penutur bahasa Inggeris mengalami konflik dalaman apabila menggunakan bahasa yang merupakan bahasa kedua di Malaysia. Stigma dan penolakan bahasa Inggeris dalam komuniti Melayu merupakan antara kesan-kesan daripada pembentukan dasar dan polisi kebangsaan yang lampau.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1169
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Other publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Bilingual Malay.pdf331.28 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.