Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1157
Title: Aspek Perundangan dalam Novel Nisah Harun
Authors: Mohd Firdaus Bin Che Yaacob 
Norsuhaida Ismail 
Keywords: Aspek, novel, undang-undang, Islam
Issue Date: 2020
Publisher: Penerbit UMT
Journal: Journal of Business and Social Development 
Abstract: 
Artikel ini adalah untuk melihat aspek perundangan Islam yang terdapat dalam karya sastera moden, iaitu novel Melayu. Ini bertolak daripada pengamatan awal yang mendapati ramai pengkaji yang mengkaji aspek perundangan Islam dalam undangundang Melayu lama. Berdasarkan pengamatan terhadap kajian-kajian sastera terdahulu, adalah jelas bahawa karya sastera tradisional lebih banyak dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Sehingga kini, dan sepanjang yang diketahui belum ada kajian yang secara serius memanfaatkan karya-karya sastera moden terutamanya novel-novel Melayu yang meneliti aspek perundangan Islam. Lantaran daripada permasalahan ini, artikel ini memilih untuk memanfaatkan dua buah novel Melayu moden, iaitu novel Mencari Locus Standi dan Lentera Mustika karya Nisah Haron bagi menganalisis aspek perundangan Islam yang dikaji. Pilihan ini diasaskan kepada reputasi Nisah Haron sendiri yang sedia dikenali sebagai penulis masa kini yang giat menyeru supaya aspek perundangan dititikberatkan dalam karya sastera. Untuk itu, kajian ini mengguna pakai pandangan daripada tokohtokoh sarjana Islam untuk dijadikan sebagai kerangka analisis yang mengiktiraf aspek perundangan Islam sebagai dokumen kebudayaan masyarakat yang sah dan berautoriti. Antara aspek perundangan Islam yang diterapkan ialah undang-undang keluarga yang bertujuan mengatur dan menyusun kehidupan berkeluarga seperti nikah, cerai, rujuk, nafkah, dan pewarisan. Kajian ini juga diterapkan dengan undang-undang muamalah yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara pemilikan harta, jual beli, gadaian, sewa menyewa, dan pinjam meminjam. Kecenderungan ini juga didapati aspek perundangan Islam telah ditetapkan berdasarkan lunas-lunas keislaman yang dilaksanakan oleh pemerintah dan penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut sebagaimana yang digambarkan dalam novel-novel yang dikaji.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1157
ISSN: 2600-9668
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Artikel-5-8.1.pdf318.9 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.