Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1017
Title: Awan, Tenaga & Perubahan iklim
Authors: Marieanne Leong 
Issue Date: 2020
Journal: Articles in Magazine 
Abstract: 
Bajet imbangan air adalah berkaitan dengan kitaran air. Pertama sekali, awan menyelaraskan pergerakan air melalui proses sejatan. Wap air yang tersejat dari permukaan air dan daratan membentuk awan. Seterusnya, titisan air dalam awan akan membesar menjadi titisan air hujan yang akan jatuh kembali ke permukaan bumi, dengan itu melengkapkan kitaran air dan kitaran ini berulang lagi. Konsep kitaran air merupakan konsep yang paling biasa didengari dan dipelajari sejak zaman persekolahan lagi. Manakala konsep bajet imbangan haba bumi pula jarang disebutkan, terutama sekali dalam pergaulan harian.

Bajet imbangan haba bumi (earth’s energy/radiation budget) merupakan keseimbangan jumlah bahang matahari yang masuk ke permukaan bumi dan jumlah bahang yang dibebaskan oleh permukaan bumi ke atmosfera dan seterusnya ke angkasa, seperti diilustrasi dalam Gambarajah 1 dan 2. Proses pemancaran tenaga haba (bahang) ini dikenali sebagai radiasi, iaitu pemindahan tenaga haba melalui udara.

Bahang yang terpancar ke bumi dikenali sebagai radiasi matahari (solar radiation) dalam bentuk gelombang pendek, manakala bahang yang dibebaskan oleh bumi dikenali sebagai radiasi inframerah (infrared radiation) dalam bentuk gelombang panjang. Awan bertindak sebagai termostat yang melaraskan suhu bumi melalui interaksi dengan radiasi. Awan boleh menyejukkan dan memanaskan suhu di bumi, bergantung kepada jenis, saiz, ketinggian, garis lintang, kecerahan (albedo), serta parameter fizikal yang lain.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1017
ISSN: 2682-8456
Appears in Collections:Faculty of Earth Science - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Awan, Tenaga & Perubahan iklim – MajalahSains.pdf1.41 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.